Kertas Pandora

Pandora Papers (Dokumen-Dokumen Pandora) menghimpunkan 11.9 juta dokumen yang bocor (berjumlah 2.9 terabait data) yang diterbitkan oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (International Consortium of Investigative Journalists, ICIJ) bermula pada 3 Oktober 2021.[1][2] Kebocoran itu mengungkap rahsia akaun luar pesisir 35 pemimpin dunia, termasuk presiden semasa dan mantan, perdana menteri, dan ketua negara serta lebih dari 100 jutawan, selebriti, dan pemimpin perniagaan. Kebocoran ini disebutkan konsortium sebagai pendedahan kerahsiaan kewangan mereka yang paling luas mengandungi butiran dokumen penting (termasuk maklumat pasport, catatan urusan bank serta syarikat, pengisytiharan cukai dan kontrak hartanah),[3] gambar, e-mel dan hamparan kerja keluaran 14 syarikat perkhidmatan kewangan di negara-negara termasuk Panama, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu,[4][5] jauh melebihi maklumat yang ada di Panama Papers sebelum ini pada 2016 yang mempunyai 11.5 juta dokumen sulit.[6][7][8][9] Pada saat pengeluaran dokumen-dokumen itu, ICIJ mengatakan pihaknya tidak mengenal pasti sumbernya untuk dokumen tersebut.[10]Anggaran oleh ICIJ, wang yang disimpan di luar pesisir (di luar negara tempat wang itu dibuat) berkisar antara AS$5.6 trilion hingga AS$32 trilion.[11][12][13]

Rujukan

WikiPedia: Kertas Pandora https://www.bbc.com/news/world-58780561 https://fortune.com/2021/10/04/pandora-papers-show... https://www.theguardian.com/news/2021/oct/03/pando... https://www.washingtonpost.com/business/interactiv... https://premium.sinarharian.com.my/article/153578/... https://www.icij.org/investigations/pandora-papers... https://www.icij.org/investigations/pandora-papers... https://www.icij.org/investigations/pandora-papers... https://dunyanews.tv/en/Pakistan/622410-ICIJ-set-t... https://www.geo.tv/latest/373664-pandora-papers-ex...